January 31, 2009

Manchester United terus selesa dahului liga

MANCHESTER: Manchester United memastikan lima mata mendahului Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas Everton di Old Trafford, awal pagi tadi. Gol kemenangan United diperoleh bintangnya, Cristiano Ronaldo menerusi jaringan penalti pada separuh masa pertama serta menyaksikan penjaga golnya, Edwin van der Sar mencatat rokod baru liga apabila tidak bolos sehingga lebih 18 jam permainan. Pemain Belanda berusia 38 tahun itu membaharui rekod terdahului iaitu 17 jam tetapi kini dia tidak pernah bolos untuk 1,121 minit permainan atau lebih 18 jam. Kemenangan itu amat penting kepada United berikutan tekanan daripada saingan terdekat, Chelsea dan Liverpool, yang kedua-duanya akan bertemu malam ini. Meskipun membelasah West Browmich Albion 5-0, Selasa lalu, United berdepan masalah untuk merobek pertahanan Everton yang agak kental dan tidak pernah kalah dalam sembilan perlawanan liganya. Percubaan awal menyaksikan sepakan sudut Park Ji-Sung tidak dapat disambar kemas Ronaldo pada minit ke-7. Ia disusuli percubaan Carlos Tevez pada minit ke-12 yang seakan-akan memperolah gol tetapi penjaga gol Everton, Tim Howard berjaya menguisnya. Selepas itu, Michael Carrick berjaya menembusi pertahanan lawan dan gerakan bahayanya membuatkan Mikel Arteta membentes keras sebelum pengadil Mark Halsey mengarahkan sepakan penalti. - AFP

CAIR dituduh sokong Hamas

FBI dakwa pengasas salur wang, bincang cara jejas proses damai pertubuhan pejuang hak MuslimWASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memutuskan hubungan dengan Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), atas alasan wujud bukti kukuh mengaitkan pengasas pertubuhan itu dengan rangkaian penyokong Hamas di Amerika Syarikat. Ia satu tamparan kepada pertubuhan yang mempromosi diri sebagai 'pertubuhan Islam Amerika paling telus.'
Keputusan menamatkan hubungan dengan CAIR dibuat secara senyap musim panas lalu ketika pendakwa bersedia untuk perbicaraan kedua Yayasan Holy Land bagi Bantuan dan Pembangunan (HLF), pertubuhan kebajikan Islam yang disabitkan atas tuduhan menyalurkan bantuan kewangan kepada Hamas secara haram, November lalu. CAIR dinamakan sebagai rakan subahat tetapi tidak didakwa dalam kes berkenaan. Namanya terpapar pada jadual tugas anggota 'Jawatankuasa Palestin.' Bukti dalam kes itu menunjukkan pertubuhan induk Hamas, Ikhwanul Muslimin, menubuhkan Jawatankuasa Palestin untuk membantu Hamas dari segi politik dan kewangan. Pengasas CAIR, Omar Ahmad dan Nihad Awad, yang kekal sebagai Pengarah Eksekutif, juga ada dalam senarai telefon anggota Jawatankuasa Palestin. Mereka juga menyertai perhimpunan anggota Hamas dan penyokongnya secara rahsia pada 1993 untuk membincangkan cara menjejaskan usaha damai Palestin dan Israel anjuran Amerika. – Agensi

January 29, 2009

take a break!


nape dua2 gambar ni ade gambar tangan?

sebab xde gambar kaki...hahahahaha

hohohohohoh..........

salam...
erm...until today, i still wondering..why i became mpp?????????????its very very very big responsibility...mylife change alot..everything that i wanna do i must think carefully either it will effect the name of mpp or not....erm....however i realise that i can turn back..now i hav mission that i hav to accomplish...a lot of things in my mind to be done...to all that support me in whatever way, thank you so much & i will u proud of me....wish me luck!!!
coming event...MOVIE SHOW every weekend....in progress k!

besday mira n kak fieza...14 january 2009