January 31, 2009

Manchester United terus selesa dahului liga

MANCHESTER: Manchester United memastikan lima mata mendahului Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas Everton di Old Trafford, awal pagi tadi. Gol kemenangan United diperoleh bintangnya, Cristiano Ronaldo menerusi jaringan penalti pada separuh masa pertama serta menyaksikan penjaga golnya, Edwin van der Sar mencatat rokod baru liga apabila tidak bolos sehingga lebih 18 jam permainan. Pemain Belanda berusia 38 tahun itu membaharui rekod terdahului iaitu 17 jam tetapi kini dia tidak pernah bolos untuk 1,121 minit permainan atau lebih 18 jam. Kemenangan itu amat penting kepada United berikutan tekanan daripada saingan terdekat, Chelsea dan Liverpool, yang kedua-duanya akan bertemu malam ini. Meskipun membelasah West Browmich Albion 5-0, Selasa lalu, United berdepan masalah untuk merobek pertahanan Everton yang agak kental dan tidak pernah kalah dalam sembilan perlawanan liganya. Percubaan awal menyaksikan sepakan sudut Park Ji-Sung tidak dapat disambar kemas Ronaldo pada minit ke-7. Ia disusuli percubaan Carlos Tevez pada minit ke-12 yang seakan-akan memperolah gol tetapi penjaga gol Everton, Tim Howard berjaya menguisnya. Selepas itu, Michael Carrick berjaya menembusi pertahanan lawan dan gerakan bahayanya membuatkan Mikel Arteta membentes keras sebelum pengadil Mark Halsey mengarahkan sepakan penalti. - AFP

1 comment: