FBI dakwa pengasas salur wang, bincang cara jejas proses damai pertubuhan pejuang hak MuslimWASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memutuskan hubungan dengan Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), atas alasan wujud bukti kukuh mengaitkan pengasas pertubuhan itu dengan rangkaian penyokong Hamas di Amerika Syarikat. Ia satu tamparan kepada pertubuhan yang mempromosi diri sebagai 'pertubuhan Islam Amerika paling telus.'
Keputusan menamatkan hubungan dengan CAIR dibuat secara senyap musim panas lalu ketika pendakwa bersedia untuk perbicaraan kedua Yayasan Holy Land bagi Bantuan dan Pembangunan (HLF), pertubuhan kebajikan Islam yang disabitkan atas tuduhan menyalurkan bantuan kewangan kepada Hamas secara haram, November lalu. CAIR dinamakan sebagai rakan subahat tetapi tidak didakwa dalam kes berkenaan. Namanya terpapar pada jadual tugas anggota 'Jawatankuasa Palestin.' Bukti dalam kes itu menunjukkan pertubuhan induk Hamas, Ikhwanul Muslimin, menubuhkan Jawatankuasa Palestin untuk membantu Hamas dari segi politik dan kewangan. Pengasas CAIR, Omar Ahmad dan Nihad Awad, yang kekal sebagai Pengarah Eksekutif, juga ada dalam senarai telefon anggota Jawatankuasa Palestin. Mereka juga menyertai perhimpunan anggota Hamas dan penyokongnya secara rahsia pada 1993 untuk membincangkan cara menjejaskan usaha damai Palestin dan Israel anjuran Amerika. Agensi
No comments:
Post a Comment