May 03, 2011

Tadaaaaa~~~~new cursor!!

Salam.

Hari ni rajin plak nk godek2 cursor yang cun2 untuk blog. pilih punya pilih, finallay, cursor monyet ni jugak jadi pilihan..hehe. so, kepada sape2 yang berminat nk tukar cursor korang jadi cun n pelbagai, boleh la try. good luck!

Cara-caranya::

   **Step 1.) First, you need to go to Blogger.com and sign-in to your blogger account (of course).


Step 2.) Now, when you are on your dahboard; click on the "design" link of your blog.

Step 3.) Then on the upper bar, click on "Edit HTML".

Step 4.) Check or tick the "Expand Widget Templates" box.

Step 5.) Now this is the fun part; choose the cursor that you would want to use on your blog, you can go to these free cursor directories (or search on google):

Cursors 4u - Offers thousands of free animated cartoon and professional cursor for your blog and we will use this cursor directory as our referrer of cursor files, so take time to choose a cursor that fits your blog's design.

Step 6.) Now, if you just seen a cursor that fits you then click on it and copy the direct cursor link as highlighted below:

Step 7.) Now go back to blogger "Edit HTML" and search (CTRL+F) for , then copy paste the cursor code just "below" the   tag:

And then delete the excess code parts like above. Note: The excess code starts just after the tag of the code.

and lastly, click on:




April 27, 2011

Kadang-kadang~~

Dalam hidop ni, kadang2 kite silap buat pilihan, kadang2 kite slah pilih jalan, kadang2 kite terlanjur, kadang2 kite ~~~~~


tapi, walau ape pon yang kiter dah buat dalam idop ni, kiter xkan pernah boleh patah balik. sebab idup ni satu arah. satu hala. xde U-turn. kite boleh menyesal. boleh menangis sampai kering ari mate. leh pikirkan ape yg kite dah buat tu sampai mati!


tapi kiter xkn dapt ubah balik ape yang dah terjadi. 


Tapi ade sesuatu yang kite boleh! kite boleh ubah mase depan. kite boleh buktikan yang pilihan yang kite buat it sebenarnya x salah. tapi pilihan itu yang buat kita lebih berjaya.pilihan itu yang ubah hidup kite jadi lebih baik.


dan yang paling penting, kite x ulang kesilapan yang sama. Life is all about doing mistake! keep doing mistake! there's nothing wrong! but nver repeat the same mistake! We learn from them. not repeat them again and again!


No one can be perfect. And no one should want to be. The silly things we do, the mistakes we make and the fact that we don’t know it all is what life is about. Learning, growing and having fun in the process. 


Be strong n keep fighting!

Kadang-kadang~~

Salam.

Erm... speechless~~~

April 04, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

*Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

February 21, 2011

Pendidikan Sepanjang Hayat..

Lalala.... Bile dah keje ni rindu pulak nak belajar balik. Time belajar dulu tak sabar2 nk habis. hehe. ape pun, dah kate pendidikan itu sepanjang hayat. so, adakah langkah yang bijak kalau aku nak sambung blajar balik. Lagipon, zaman sekarang ni ramai sgt dah orang yg ade degree. so, kene la up kan lagi selagi berkemampuan ni. Tapi yang dirisaukan adalah soal kewangan. Mane nk kumpul duit beli rumah, senangkn mak ayah, nk g holiday, simpanan hari tua, KAWIN, dan nk belajar lagi. kalau buat full time, aku keje.. so, kene la buat part time. tapi... part time ni yuran dia tak macam mahal pulak..kohkoh..takpe2..jgn pening2 sebab sekarang ni baru tengah survey2.. belom decide lagi.. kalau dah decide, baru la kite aturkan kembali semua itu.. betul x?hehe...betulkan aje:) Moga2 jumpe la courses yang best2 untuk dijadikan pilihan aku nanti.. nk pilih uni mane pon kene la pikir jugak kn...lalala...banyak nye nk kene pikir..hoho..okeh..aku pikir dlu la yea..daaaaaa~~

February 19, 2011

Seberapa POPULARkah anda?

Hari ni terlebih rjin lak nak update blog ni..hehe.. so, topik pada petang ini ialah : Seberapa POPULARkah anda? .. dah la huruf besar, pastu bold plak perkataan polpular tu. ini bermakna key word kita adalah popular. So, pasti anda tertanya2 macam mane caranya atau kaedah atau method untuk tahu tahap kePOPULARan anda itu. caranya adalah dengan menaip nama anda * tak kisah lah name glamor atau name sebenar* pada enjin carian dalam talian *google, bing, yahoo, etc.* . tekan ENTER!! taaaadaaaaaaaaaaaaaa~~~!! keputusan carian anda itu akan membuktikan tahap POPULAR anda di mata dunia...yihaaaaaaaaaa~~!!!good luck !!

Hasil carian Fadila MOhamad
  • facebook
  • blog
  • comment on others page
  • anugerah nadi negara

Kelab KebakaraN..

Sejak dua menjak ni, aku dah pun memiliki hobi baru iaitu MEMBAKAR. Oleh yang demikian aku pun bersetuju untuk menebuhkan kelab KEBAKARAN. Hahahaha....Bunyi nk gempak jerk. 
Syarat2 untuk menjadi ahli kelab aku adalah sebagaimana berikut:
  1. anda haruslah memiliki sumber api **x kesah lah mane korang dapat dan bagaimanakah rupa bentuk sumber api korang itu as ong as boleh hasilkan api**
  2. bile dah ade api kene la membakar.. dah kate pon kelab kebakaran..hehe.. therefore, korunk haruslah membakar BULU ROMA sesiapa sahaja sama ada anda kenal mahupun tidak. Dengan syarat beliau yang ingin anda bakar itu bukan daripada ahli kelab. *sila tanggung sendiri akibatnya kelak*
bile korang dah complete syarat2 ni barulah korang boley di umumkan sebagai ahli kelab secara besar2an melalui TV1 oleh menyimpan mohor besar raja2

Sekian terima kasih. Selamat mencuba :)
*sila bawa bukti kebakaran ketika mendaftar

February 16, 2011

Box Man..

hahaha....sape taw ape itu Box Man? beliau adalah sebuah game yang bakal membuat kepala anda pusing2 mcm pas langgar pokok betik tepi kedai PERTOM (kedai mkn belakang UMT)... tetapi ke seronokkan yang tidak terhingga akan anda rasakan apabila anda mampu menyelesaikan puzle yang cam cam cam cam amat sgt ter sgt susah!!!!!! yang telah memeningkan otak anda selama 2 hari 2 malam berturut2 **klu asyik main game ni la**haha....keseronokan yang akan membuatkan anda berguling2 mcm tenggiling ** baca cam nada sinchan**.. 
conclusion:: sape yang lom penah main game ni sila dapat kan dengan segera daripada pengedar dadah!!! ops!!! silap...pengedar yang sah =P

Seharian....

8pm:: makan kat PERTOM
9pm::masih lepak di PERTOM
9.15pm:: karok gan umar n falah
11pm:: hantar umar balik umah n g amik mijam
11.30pm:: lepak kat mcD = siapkan asigment mijam...
2.51am:: masih d mcD..lalala

February 13, 2011

Tetap dinanti~~

Cukup sebelas hari kami menyepi.
Berpisah bukan kerna jarak.
Bersama bukan kerna dekat.
Kerna hati tak mampu menanggung.
Tapi hati juga selalu tak mengerti.
Selalu ingin bersama.
Bagai sengaja membuka peluang.
Untuk ia terus dilukai.
Bersama ada seksa.
Bersama ada derita.
Tapi hati lebih mengerti.
Terpisah lebih seksa
Terpisah Lebih derita..
Kerna hanya hati tahu merindu.
Pada dia yang tetap dinanti..