December 07, 2010

Bahagia kita rasa..

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

LIFE CHANGING~~~!!!

From study to working...
From single to double..
From last year to new year...

Salam Maal Hijrah...moga taun baru membawa jutaan rahmat daripadaNya..amin..

November 07, 2010

Missing You.....

I need to feel your hands all over me
I need to feel you kissing me
I need to feel you holding me
I need to feel your touch
Cause I miss your love so much
And I can't keep on living this way
I need you here with me
  

November 03, 2010

Balik Kampung~~~~!!!!

Yeah!!! Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga...haha..mcm dah lame sgt rasanya meninggalkan kampung halaman...padahal baru 14hari..hehe..maklumlah, aku kan dah jadi penghuni tetap kat kampung tu...merindui perkerjaanku**bibik kepada mak n ayh**....windu betul kat mak dan ayah..esok aku akn bertolak awal pagi**makne awal bergantung kepada pukul brape kami bgn** bersama kakak2 ku dan abg ipar ku **kak leezha,kak gee n abg faizal**..doakan perjalanan kami selamat yerk:)


Kemasik......tunggu~~~!!!!!


Kemasik, kampung ku...photo by sasmeta photography a.k.a. hassan, my bro!!

November 02, 2010

Trip to Negeri Sembilan....

Akhirnya saat yang ditunggu tiba juga...tapi sedikit sedih sbb rancangan tak berjalan seperti yang dirancang...tapi takpe..biasa lah..kate pon manusia::hanya merancang Allah yang menentukan::...trip ke n9 ni kitorang dah plan about 3 weeks before ni...however..something comes up and some of us tak dapat hadir.. tujuan asal adalah tuk menghadiri perkahwinan akak qai at the same time tuk reunion la...cause da agak lame kami the geng tak jumpe ramai....plan asal jannah+qai+nissa+hasnul+ila(aku)+wak+enol yang akn hadir...unfortunately last minute ramai yg x dpt hadir so tggl la aku, falah, qai n jannah jerk yg hadir...walaupun pertemuan yang agak sekejap cause jannah n qai agak cibuk..maklum la..dah name pon kenduri..tapi kami tetap berkesempatan berbual2 n kongsi2 cerita...tenkiu so much to falah sbb menumpangkn aku sepanjang trip ni...so sweet dpt cari remis n menikmati suasana senja kat port dickson..hehe...n to qai n jannah thank for special layanan..hehe..makanan yang sedap2...to nissa, please be strong gurl!!! our frenship will never end!!! Geng Sampai Syurga:)


three of us::falah,jannah n me

October 27, 2010

Mencari Sempurna~~

manusia....selalu mencari yg sempurna...
menginginkn kesempurnaan...
inginkan hidup yg sempurna..
pasangan yang sempurna..
segalanya sempurna...
namun malu mengakui diri sendiri...tiada kesempurnaan..
dalam diri...dalam hati..dalam jiwa..
tiada yang sempurna..
cinta sempurna?
mungkin....
bila diri menyedari diri tidak sempurna..
gunanya pasangan untuk menjadi sempurna..
tunduk ke bawah...
berpaling kebelakang..
mengutip ketidak sempurnaan..
mencantum ketidaksempurnaan...
moga bakal menjumpai sempurna yang dicari...

be grateful with what we have..thank to Allah for He gave me...Alhamdulillah..hanya Dia yg sempurna..

June 11, 2010

kemaman to kuala terengganu..

setelah sekian lame aku x naik bas dari umah ke tganu ni...ary ni..aku naik la lagi bas sp. bumi...act dari kemasik la..my luvly hometown..hahaha...nk d jadikan citer, mase dlm perjalanan tadi..ade la 2 owg pelancong naik bas ni..**act bas ekspress tapi org x ramai so driver bas berhenti jugak amek org tahan tepi jalan**...pelancong dr luar negara ni..naik2 jerk bas bagi salam..satu bas dgr..makne nyer islam..yg pelik..ade yg gelak2 lepas pelancong 2 bagi slm..aku pon hairan..so, aku pon ajk la mamat 2(pelancong xd) duk sblh aku sbb seat sblh aku ni kosong..dy pon sembang2..blablabla...upe2 nyer dari turkistan..saje dtg melancong n shopping2 kat cini...dy ciap mintk no fon aku..tapi aku x bagi la..klu niat baik, mayb dy nk mintk aku jadi tourist guide..klu jahat mayb nk ape2 kn aku..hahaha,,so, lgkh berjaga2, jgn bagi..lepas 2 org pelancong 2 tron..aku dgr org depan aku ni..duk ngumpet sal pelancong 2.."bagi salam 1 bas dgr" "time kasih jer?"(coz dyorg ckp tq pas tron..tiket da byr)..peristiwa ni wat aku sgt cedih..sbb mereka2 yg ad dlm bas xd adalah org melayu..islam lagi..btul la kate org..dunia makin maju..negara kita makin maju, tapi mentaliti masyarakat kiter masih x berubah..semoga dengan pendidikan akan dapat mengubah masyarakat kiter..amin..

June 07, 2010

Cara Bersangka Baik


Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

June 06, 2010

KENAPA AWAK TAK ROGOL SAYA?

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

March 12, 2010

[kawan].[sahabat].[friend]

salam...
dalam idop ni, kiter slalu jer berjumpa gan ramai owg..ade yg akhirnya jadi kawan, malah ade yg jadi ahli keluarga...tapi ade jugak yg kadang2 hanya sekadar perkenalan yg singkat...macam mane nk takrifkan perkenalan yg singkat atau tak terpulang la pada setiap individu..sebab kali ni saya bukan nk bercerita tentang jangka masa..tapi ape beza kawan, teman, shabat atau ape2 saje yg seangkatan....me n my friend dah kawan lame..abot a year..we have go through a lot of things together..sangat rapt sampai kami gelarkan "geng sampai syurga"...namun akhir2 ni, hubungan kami jadi renggang...puncanya, perselisihan faham antara geng kami...well, setiap org x penah lepas dari melakukan kesilapan..namun aku agak terkilan kerana kawan2 yg ku anggap sahabat sejati, hanya mendiamkan diri dan tidak berlaku jujur..ape lah salahnye jika berjumpa dan menceritakan apekah kesalahan salah seorang dari kami...bukan mendiamkan diri dan menghukum tanpa pesalah mengetahui ape kah salah mereka...namun yg pasti, aku sudah tidak yakin dengan erti prsahabatan..mudah benar berubah rasa...erm...buat yang membaca tulisan ini, hargai sahabat anda...never let them go..n alwaiz be honest...
wasalam..

March 09, 2010

surat untuk isteri

Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman

Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya.. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.


4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya Cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

February 25, 2010

Demi Masa by M.Nasir

***Sebuah lagu yg memberi seribu makna..renung-renungkan dan selamat beramal:)

ku telah melihatnya, aku telah mendengarnya
Tak perlu engkau kejutkan aku
Tidakkah kau mengerti, hidupmu dalam teka-teki
Mencari kebenaran
Yang sedikit tapi payah, jika kau mengejar yang lain
Merindui kilauan emas, tapi alpa dengan yang mencipta
Demi masa, manusia sentiasa dalam rugi
Melainkan mereka yang tahu

Engkau sering bermusuhan, hanya tentang kebenaran
Sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua, engkau mesti berjalan
Walau harus tersesat dan luka
Dan berpindahlah engkau insane, dalam putaran hidup ini
Hingga saatnya kau bertemu, dalam satu pertemuan yang sejahtera
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu mengerti
Dan tak peduli

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersamaku
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu

Semakin mendalam hanya aku yang tahu
Perasaan hati nurani
Mungkin kau kan bertanya, Siapakah dirimu
Apakah destinasimu
Apakah ada yang lain, dari peganganmu yang ada
Atau mungkin perjalananmu tamat di sini dan tiada lagi
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu percaya
Dan tak mengerti.

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersama
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu

February 22, 2010

Ku Yakin Sampai Di Sana

**sebuah lagu ciptaan bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono


Ku Yakin Sampai Di sana

meskipun berat
mesti kulakukan
kupilih jalan yang ku yakini
jangan paksakan yang tak kan mungkin
hidupku mesti lurus dan benar

reff:
sribu jalan menuju roma
entahlah mana yang paling baik
ada begitu banyak pilihan
engkaulah yang akan menentukan

telah kupilih jalanku sendiri
dalam prinsip kehidupanku
meski tak selalu mudah
aku yakin sampai di sana

Laskar Pelangi...

salam...
terbaru aku dan kawan2 menonton cerita laskar pelangi...mungkin bagi sesetengahorg cerita ini telah lapuk..namun bagi ku, cerita ini membawa maksud yg sangat mendalam kepada penonton. cerita yang berkisar mengenai sebuah sekolah di Belitong, Indonesia yang memperjuangkan hak setiap penduduk untuk mendapatkan pendidikan. sekolah ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang pelajar untuk dibuka pada hari pertama pendaftaran. setiap watak dalam cerita ini mempunyai kisah yg berlainan namun mempunyai matlamat yg sama untuk berjaya dan merubah masa depan keluarga mereka yg kebnykkn dibelenggu kemiskinan. ketabahan dan ketegaran mereka meneruskan pengajian apabila guru mereka, pak hafsan meninggal dunia tidak mematahkan semangat mereka. Lintang merupakan watak yg paling aku kagumi dlm filem ini. seorang ank nelayan yg tinggal di pesisir pantai, terpaksa mengayuh menempuhi jarak yg jauh untuk kesekolah dan melalui lubuk buaya..namun merupakan anak yg pertama sampai pada hari sekolah dibuka. kepandaian dan ketabahan lintang pastinya menyentuh hati semua yg menonton..diharapkan penerbit-penerbit dinegara kita juga akan menghasilkan filem yg penuh nilai dan bermoral seperti ini dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata..wasalam


"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"
pak hafsan, laskar pelangi

February 16, 2010

kembali lagi....

salam buat diri ini dan semua...

sekian lame menyepi, akhirnya aku kembali menulis disini. itu pun hasil inspirasi dari kak leezha yg juga kembali mencoretkan kisah hidup di blog nyer...namun kali ini, bukan kisah idup yg ingin di war-war kan, bukan cerita filem bukan juge puisi romantis..sekadar menyatakan kehadiran kembali ke blog ini..name blog ini juga telah aku tukar daripada dendanganhati kepada fadila mohamad..namaku sendri..smoga diizinkan ALLAH untuk aku meneruskan coretan nanti..wasalam